Tuesday, 7 April 2009

My husband & FMBiosis


Hidup tak selalunya berjalan seperti yang kita rancang kerana adakalanya apa yang kita rancang tidak sama seperti yang dirancang oleh Yang Maha Esa. Tetapi apa yang pasti, segala yang dirancang oleh-Nya adalah yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Oleh sebab itu, apa pun yang berlaku, aku bersyukur dan redza. Dengan kelayakan dalam bidang mechanical engineering, tidak pernah terlintas dan terduga bahawa suamiku akan beralih arah ke bidang keusahawanan, bioteknologi, tissue culture, ornamental plantation dan sebagainya setelah menyertai Program FMBiosis bersama FRIM-MTDC. Sesuatu yang baru pada dirinya dan juga aku, dan masih banyak yang perlu dipelajari dan diterokai. Belum jelas apa yang akan berlaku tetapi diharapkan kejayaan sentiasa mengiringi setiap langkah yang diatur, Insyaallah. Semoga program FMBiosis anjuran FRIM-MTDC ini akan membuahkan hasil yang membanggakan dan memberi faedah kepada semua pihak.

*Sedikit sebanyak mengenai program ini dari petikan dlm akhbar Harian Metro pada 09/06/08 :-


Lahir usahawan bioteknologi

MALAYSIAN Technology Development Corporation (MTDC) membuka peluang kepada siswazah cemerlang dalam bidang bioteknologi untuk menjadi usahawan bioteknologi melalui program latihannya dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Melalui program Pembangunan BioUsahawan Siswazah Frim-MTDC (FMBioSis), MTDC membiayai sepenuhnya penyelidikan projek siswazah terbabit dan mereka dilatih dengan model pembelajaran berperingkat, antaranya kursus induksi bioteknologi, program inkubator dan pembangunan perniagaan selama lima tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Azlin Alias, berkata pihaknya melabur RM700,000 bagi membiayai program berkenaan dengan Frim bertindak sebagai pembekal teknologi.
"Seramai 40 siswazah dipilih bagi menjalani program berkenaan dan daripada jumlah itu, 20 lagi akan dipilih mengikuti modul seterusnya hingga tamat.
"Kami menyediakan teknologi, geran dan prasarana untuk perserta FMBioSis serta memperuntukkan wang bagi membiayai program ini. Bagaimanapun usahawan yang berjaya ke Peringkat Inkubator dan Peringkat Perniagaan layak mendapat geran di bawah program Dana Pengkomersilan R&D (CRDF) daripada MTDC," katanya selepas Majlis Pelancaran FMBioSis dan Perasmian Kursus Induksi Bioteknologi FMBioSis di Kepong, petang semalam.
Majlis berkenaan dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Suboh Mohd. Yassin. Hadir sama, Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod.


2 comments: